Sunday, September 27, 2009

Rumah tok

Blog ini dibuat selepas seminggu berhari raya. Jadi ada bndabest yg mungkin terlupa.

hari jumaat. 18 hb aku ngan family bertolak pukul 6 pagi dari kajang utk ke rumah tok.
semasa perjalanan, aku yg tgh boring tangkap signboard dan power line di sepanjang lebuhraya utara-selatan.


ni sikit ja. ada beribu lagi tak crop. :( malas!




Irdina Fatini. Bila nak besar oi!? Anas tidur bernganga habess! mata dia mesti tebuka sikit. :P
Setiap kali aku ke rumah tok ikut lebuhraya, aku akan pandang ke kanan untuk melihat jika ada Jamban atau bilik mandi besar. Entah apa manusia buat sampai dinding bukit tu jadi macam tiles atau dinding jamban. petak petak 4 segi.

Lebih kurang kan? Bukan! sama! Wohh!

kalau nak pi PB mesti lalu terowong. Panjang OH!!!tapi boring . Tiada henpon line! kalau eksiden macam mana nak call!?...eh oops..

Vrooooom~~~~ Pukul 12 lebih camtu baru kitorang sampai di rumah tok. Lepas tu pi semayang jumaat pukul 1 setengah..


Rumah tok sebenarnya di bawah tanah.
Gelap Ooh!



Photomontage dari 6 gambar. Panorama!
Rumah tok. Sebelum Raya.
Tekezut bamer tok ada Astro!

Friday, September 25, 2009

2009 raya





16 hb; 9am . aku blah dr asrama aku CM untuk ke terminal bas Kuantan. Nak pi Kajang OH!
Bas pukul 10am tapi pi awal sikit sbb nak ambik duit dulu.

Kalau tgk gambar ni, ni la baju aku pakai nak pi Kajang.
Pakaian macam 1 set ngan beg. kaler sama!
Ntah macamana tak sedar. sampai di kajang baru sedar.
Duuu~~





3 jam dari kuantan ke KL. Stop dkat Pudu.
Pastu naik Monorail turun kat Tasik Selatan. Hilang rm 1.70.
Tukar pi KTM di stesen Tasik Selatan.
bayar lagi rm1.70( kot..). hampir2 salah pilih landasan yg pegi Rawang. Huii. Nasib nasib...
Sehari sebelum berangkat aku cek kat google search route KTM ngan monorail.


Sampai kajang pukul 3pm tepat. Woh. kenapa kajang ada negro? byk pulak tu! bukan india tapi negro. woh afrika mali~~

aku expect ada la cousin aku Anas Anaqi dah ada kat stesen nak jemput aku. pasal aku dah sms dah dia sebelum sampai kajang.. tapi dia tak ada.. So aku tunggu la. 10 minit lpas tu aku try call Anas. mungkin dia lupa. dia tak angkat. D: laa.. call hampir 10 kali tak angkat jugak.. 10 kot.. So try call mak dia pula. tak angkat jugak. oh tidak..


Aku dilayan oleh pakcik pakcik teksi dengan soalan yang sama "nak pi mana dik?". OOfff.. berapa orang tanya aku soalan tu. ada la dkt 3o taximan..30 kali la jgak aku jawap. "takpa, tgh tunggu orang." Sambil tu nampak la ada pakcik gemuk maki hamun apa benda ntah kat seberang jalan. mencarut kuat- kuat. Nampak mcm orang gila pun ada.








So.. after an hour mcm tu.. bapa si anas, pak cik pun call la aku. Dia kata dia ada kat dpan stesen tgh tunggu kawan di . Kereta dia ada di seberang jalan depan bus stop.
Woh. rasanya dah setengah jam aku dah nampak kereta tu parking di situ.
Aku pun pi seberang. Masuk kereta Persona hitam tu. Lepas dia habis borak ngan kawan dia tu, kami pun gerak la balik rumah dia di Penjara Kajang.
OH. Nice Home. Rumah bentuk huruf L. besar pulak tu kat dalam. YEah!!

Monday, September 21, 2009

blog. apa itu? buat benda baru lagi....


ni kali pertama buat blog.
apa itu blog???
kawan di kolej buat blog cambest.
saudara-mara pun banyak yang ada blog.
join la apa lagi~~~




gambar ini dibuat semasa nak mengisi blog pertama ni.
tengah blurrrrr tak tau nak buat apa....
:(